Seperti hari ibu yang disambut tiap2 bulan May hari bapa pula disambut pada setiap June.
Setiap orang mempunyai cerita sendiri tentang bapa/papa masing-masing. Semalam seorang teman membisikkan sesuatu ke telinga masa kami makan tengahari, " hey ritz...siapakah orang yang anda sayang?, tanya teman. Dengan pantas aku menjawab, " hemmm...selain family sendiri (immediate family) saya tersangat sayangkan papa saya," itulah jawapan yang terpancul dari bibir. "Kenapa yer Ritz", tanya teman. "Jawapannya mudah:, kataku " kerana papa membesarkan tanpa kehadiran seorang ibu dari kecil sehingga dewasa".
Papa...dewasa ini bila merenung raut-raut kedut diwajah nya hati tersentuh pilu. Terasa ingin kupadamkan setiap derita atau keluhan yang ada pada papa. Seringkali bila papa tidur senyap senyap aku mengintai tidur papa, betapa wajah tua itu menanggung beban yang terkata bila membesarkanku. Tanpa diduga akan berguguran airmata. Airmata kasih pada papa.
Pengorbananmu papa akan sentiasa kukenang dan akan cuba kubalas sedaya yang boleh. Percayalah akan kujaga papa sampai ke hembusan nafas papa yang terakhir mungkin cuma ini yang mampu kulakukan....
No comments:
Post a Comment