Lupakan tentang soalan cinta yang sering bertandang diminta....marilah kita kembali ke alam realiti seketika...hehehhehe
Kenaikan kos belajar memandu akan naik untuk memastikan pengguna jalanraya mempunyai kemahiran pemanduan lebih cekap, mementinkan keselamatan, mematuhi undang2 dan berhemah. Murni sungguh niat JPJ tersebut.
Tetapi bagi pendapat saya walaupun diberi lebihan puluhan jam dalam pembelajaran juga minda pemandu malaysia tidak akan berubah. Kita tengok sendiri betapa banyak kerajaan membuat kempen baik melalui media masa dan sebagainya sebelum ini pun tak pernah berkesan. Sudah berapa tahun kalau dihitung Ops Sikap dijalankan menjelang setiap hari perayaan namun jumlah kemalangan tidak pernah berkurangan.
Pengalaman tinggal di negara barat untuk beberapa tahun membuka mata betapa jauhnya jurang pemanduan kita dengan cara pemanduan negara tersebut. Negara yang sering kali kita labelkan "Budaya Kuning" lebih sopan, bertimbang rasa, bersabar dan saling menghormati baik bagi pejalan kaki atau pemandu. Di negara kita yang terkenal dengan sopan santunnya, hilang segala sopan santun, timbang rasa, kesabaran dan sebagainya bila berada di jalan raya atau bila kita memegang stering kereta. Sungguh mengecewakan sekali. Pemandu negara kita adalah pemandu yang agak biadap dan tidak menghargai betapa berharganya nyawa orang lain dan diri sendiri.
Justeru itu walau bagaimanapun kerajaan mengambil langkah untuk melahirkan pemandu yang berhemat yang pasti itu mungkin separuh khayalan. Namun ada juga pemandu kita yang bersopan santun dan berhemat.
Nilailah diri kita adakah kita sebagai pemandu yang baik atau sebaliknya. Belajarlah untuk bersabar dijalan raya kerana kesabaran itu adalah kunci segala kebaikan dijalan raya.
No comments:
Post a Comment