Tuesday, June 15, 2010

Papa oh Papa

Seperti hari ibu yang disambut tiap2 bulan May hari bapa pula disambut pada setiap June.

Setiap orang mempunyai cerita sendiri tentang bapa/papa masing-masing. Semalam seorang teman membisikkan sesuatu ke telinga masa kami makan tengahari, " hey ritz...siapakah orang yang anda sayang?, tanya teman. Dengan pantas aku menjawab, " hemmm...selain family sendiri (immediate family) saya tersangat sayangkan papa saya," itulah jawapan yang terpancul dari bibir. "Kenapa yer Ritz", tanya teman. "Jawapannya mudah:, kataku " kerana papa membesarkan tanpa kehadiran seorang ibu dari kecil sehingga dewasa".

Papa...dewasa ini bila merenung raut-raut kedut diwajah nya hati tersentuh pilu. Terasa ingin kupadamkan setiap derita atau keluhan yang ada pada papa. Seringkali bila papa tidur senyap senyap aku mengintai tidur papa, betapa wajah tua itu menanggung beban yang terkata bila membesarkanku. Tanpa diduga akan berguguran airmata. Airmata kasih pada papa.

Pengorbananmu papa akan sentiasa kukenang dan akan cuba kubalas sedaya yang boleh. Percayalah akan kujaga papa sampai ke hembusan nafas papa yang terakhir mungkin cuma ini yang mampu kulakukan....

Wednesday, June 2, 2010

Happiness

Happiness is everything in the world. Happiness cant be paid by any money, gold, diamond or anything. Some people said where your pleasure is, there is your treasure: where your treasure, there your heart; where your heart, there your happiness. Sometimes to find the happiness in life is very difficult.Always be thankful to whatever you have coz its will bring you the happiness that you looking for......
 

KENAIKAN LESEN BELAJAR MEMANDU

 Lupakan tentang soalan cinta yang sering bertandang diminta....marilah kita kembali ke alam realiti seketika...hehehhehe

Kenaikan kos belajar memandu akan naik untuk memastikan pengguna jalanraya mempunyai kemahiran pemanduan lebih cekap, mementinkan keselamatan, mematuhi undang2 dan berhemah. Murni sungguh niat JPJ tersebut.

Tetapi bagi pendapat saya walaupun diberi lebihan puluhan jam dalam pembelajaran juga minda pemandu malaysia tidak akan berubah. Kita tengok sendiri betapa banyak kerajaan membuat kempen baik melalui media masa dan sebagainya sebelum ini pun tak pernah berkesan. Sudah berapa tahun kalau dihitung Ops Sikap dijalankan menjelang setiap hari perayaan namun jumlah kemalangan tidak pernah berkurangan.

Pengalaman tinggal di negara barat untuk beberapa tahun membuka mata betapa jauhnya jurang pemanduan kita dengan cara pemanduan negara tersebut. Negara yang sering kali kita labelkan "Budaya Kuning" lebih sopan, bertimbang rasa, bersabar dan saling menghormati baik bagi pejalan kaki atau pemandu. Di negara kita yang terkenal dengan sopan santunnya, hilang segala sopan santun, timbang rasa, kesabaran dan sebagainya bila berada di jalan raya atau bila kita memegang stering kereta. Sungguh mengecewakan sekali. Pemandu negara kita adalah pemandu yang agak biadap dan tidak menghargai betapa berharganya nyawa orang lain dan diri sendiri.

Justeru itu walau bagaimanapun kerajaan mengambil langkah untuk melahirkan pemandu yang berhemat yang pasti itu mungkin separuh khayalan.  Namun ada juga pemandu kita yang bersopan santun dan berhemat.

Nilailah diri kita adakah kita sebagai pemandu yang baik atau sebaliknya. Belajarlah untuk bersabar dijalan raya kerana kesabaran itu adalah kunci segala kebaikan dijalan raya.

Thursday, May 27, 2010

LOVE

LOVE..........

Love is just a word to satisfy what we long and hoped for, but sometimes love really didnt exist...coz sometimes its just a figment of our imagination to teach us how to hope..

LOVE........most of the time only to give us pain in the end

Wednesday, May 26, 2010

Wanita Dan Blackberry

Di suatu sudut di sebuat Cafe,Dicelah keriuhan lelaki dan wanita.Tiba-tiba berhenti berbicara,deringan handphone.Ada yang menyeluk pokek,ada yang melihat telefon di tangan...Nu dihujuung sana,seorang wanita sambil tersenyum membuka "handbang" kepunyaannya,sambil mengeluarkan "Blackberrynya".Itulah dunia hari ini,Dunia "Blackberry".

RITZ LOVER: CINTA OH CINTA

RITZ LOVER: CINTA OH CINTA

CINTA OH CINTA

CINTA OH CINTA

Cinta pembawa bahagia. Cinta membawa derita. Cinta pencetus ilham dan cinta pemusnah segalanya.

Semalam seorang teman membisikkan sesuatu ke telinga. Rumahtangga yang dibina cuma retak menanti belah gara2 CINTA yang terbina dek diri sendiri untuk orang lain tetapi bukan untuk pasangan.

Anak2 menjadi mangsa. Berdosakah mereka bila cinta ibubapa memusnahkan segalanya. Layakkah anak2 menderita hanya gara2 kesilapan ibu bapa.

Pantas ...berfikirlah sebelum CINTA itu memusnahkan segala apa yang kita bina...